السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Ana
sertakan beberapa koleksi tulisan mengenai Sheikh Daud Abdullah al-Fathani.
Ada beberapa perkara yang berlaku dalam seminggu dua ini menyebabkan hamba
tercari-cari maklumat dan berita mengenai beliau. Kebetulan dalam diri ana
memang mengalir antaranya darah Melayu Patani. Al-Fatihah
untuk Almarhum Sheikh Daud Abdullah al-Fathani.
RIWAYAT
HIDUP:
·
Nama sebenar beliau ialah syeikh Wan Daud bin Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris
al-Fatani.
·
Dilahirkan di kerisik, fatani pada 1187H, bersamaan 1769M.
·
Beliau meninggal dunia pada tahun 1265H atau 1791M.
·
Keuarga beliau berasal dari kalangan keluarga ulama’.
SIFAT
PERIBADI:
·
Sanggup merantau keluar Negeri, demi menuntut ilmu.
·
Bijak dan pintar dalam menguasai pelbagai bidang ilmu terutamanya ilmu agama.
·
Mempunyai bakat kepimpinan yang membolehkan beliau dilantik sebagai syeikh bagi
haji jamaah haji dari alam melayu.
PENDIDIKAN:-
·
Mendapat pendidikan awal di sebuah pondok Patani dan di Acheh dalam bidang ilmu
agama seperti tafsir, feqah, usuluddin, dan tasauf.
·
Belajar di mekah selama 30 tahun dan Madinah selama 5 tahun.
·
Antara guru beliau ialah syeikh Muhammad Zin Acheh, dan syeikh Muhammad salih
bin abdul Rahman al-Fatani yang mengajar di Masjidil Haram.
·
Beliau mempelajari tariqah al-syatiriyyah daripada syeikh Ali bin Ishak
al-fatani, dan tariqah al-samaniyyah daripada syiekh Muhammad bin abdul karim
saman al-madani.
SUMBANGAN
SYEIKH DAUD FATANI DALAM PERBAGAI BIDANG ILMU
Beliau
banyak menghasilkan buku iaitu sebanyak 58 buah dalam pelbagai bidang ilmu.
Antara kitab karangan beliau ialah.
·
Feqah : furu’ al-masail, munyyat al-musolli
·
Tasauf : minhaj al-Abidin, bidayah al-Hidayah.
·
Usuluddin : al-durr al-tahmin, dhia’ al-murid.
·
Sejarah : tarikh al-Fatani.
PERANAN
SYEIKH DAUD AL-FATANI DALAM PENYEBARAN ILMU
·
Penulisan : banyak menghasilkan karya-karya dalam bentuk kitab dan risalah.
·
Penterjemahan : menterjemah kitab-kitab dalam pelbagai bidang.
· Pengajaran
: dilantik sebagai pengajar di Masjidil Haram. Mekah dan melahirkan tokoh-tokoh
berwibawa.
PENDEKATAN
SYEIKH DAUD FATANI DALAM PENULISAN
1.
Dalam penulisan feqah, beliau banyak mengemukakan pendapat ulama’ mazhab Syafie
dan sangat sedikit mengemukakan pandangan dari mazhab lain.
2.
Beliau juga tidak banyak mengemukakan persoalan khilafiah, yang boleh
menggelirukan masyarakat.
3.
Dalam penulisan usuluddin beliau mengemukakan pandangan-pandangan ulama’ ahli
Sunnah wal Jamaah.
PENGARUH
SHEIKH DAUD FATANI DI NUSANTARA
1.
Karya-karya beliau menjadi rujukan pada masyarakat dan diajar di masjid-masjid
dan surau.
2.
Karya-karya dan pemikiran beliau menjadi bahan penyelidikan di universiti
tempatan dan luar Negara.
3.
Pemikiran beliau tersebar melalui anak murid beliau sehingga hari ini.
4.
Berjuang membebaskan Patani Darul Salam daripada penjajahan siam.
SANJUNGAN
CENDIKIAWAN TERHADAP SYEIKH DAUD FATANI
1.
Kerajaan Khilafah Uthmanniyyah telah memberikan gelaran al-‘Alim al-‘Allamah
al-fahhamah al-‘Arif al-Rabbani kerana ketokohan dan keilmuan beliau.
2.
Diberikan pengiktirafan menjadi sheikh haji melayu yang pertama dan diberikan
pentauliahan mengajar di Masjid al-Haram.
3.
Dato’ Abdul Rahim Abu Bakar. Pengerusi pengelola Dewan Bahasa Dan pustaka menganggap
Syeikh Daud Fatani sebagai pemikir dan ulama’ yang menghasilkan karya sebaris
dengan Hamzah samsuri, Nuruddin al-Raniri abdul Samad al-Palambani dan Muhammad
Al-arsyad al-Banjari.
NAMA
penuh beliau ialah al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh
Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris (juga dikatakan
Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan Salamah bin Tok
Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali Datok Maharajalela
bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan Muzaffar Waliullah
bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.
Beliau
yang lebih dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima
beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir, Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris
dan seorang adik perempuan namanya Siti Khadijah bin Abdullah al-Fathani.
Syeikh
Daud al-Fathani adalah
keturunan Faqih Ali. Rujukan asal yang mengatakan Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fathani berketurunan Faqih Ali diperolehi tulisan Nik Mahmud Perdana Menteri
Paduka Raja Kelantan iaitu: “Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang
mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada
saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim
diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali.
“Tatkala
Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai
anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan
anaknya Wan Tija. Tidak berapa lama selepas itu Andik Ali serta dengan
isterinya pun beredar ke Patani menumpang di rumah Mekong Damit Kampung Bira
pada tahun 1049 H.
“Maka
kerana lemah lembut tingkah lakunya dan berpelajaran orang di Patani
memanggilnya Faqih Ali. Di situ ia beristeri kepada Ce' Dewi anak Sri Biji Diraja.
Baginda sampai di Patani kira-kira tahun 1637 M”.
Berbalik
kepada Syeikh Daud al-Fathani, beliau dilahirkan di Kampung Parit Marhum,
Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah kerana di sinilah
Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah tinggal dan
mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur.
Tahun
kelahirannya tidak dapat dipastikan kerana terdapat perselisihan pendapat di
kalangan penyelidik mengenainya. Dalam catatan-catatan beberapa keluarga
penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H
dan tahun 1183 H.
Sheikh
Daud dan ilmu pengetahuan
Ayah
Sheikh Daud iaitu Sheikh Wan Abdullah dan datuknya Sheikh Wan Idris adalah
ulama besar untuk zamannya. Sejak kecil Sheikh Daud al-Fathani ditanam dan
dididik dengan ajaran Islam oleh datuk dan ayahnya.
Tambahan
pula menjadi tradisi zaman itu di Patani sentiasa diperkenalkan Islam sejak
kanak-kanak lagi. Anak-anak yang berumur lima atau enam tahun dipaksa supaya
menghafal pengetahuan mengenal Allah (ilmu tauhid), dan seterusnya diberi
pelajaran nahwu dan sharaf juga secara menghafal. Syeikh Daud al-Fathani telah
melalui kesemua sistem pendidikan tradisional yang ada di Patani pada ketika
itu.
Pada
peringkat awalnya Syeikh Daud berguru dengan kaum keluarganya sendiri yang
memang terkenal alim. Seorang daripada mereka ialah bapa saudaranya, Sheikh
Shafiyuddin.
Ada
yang berpendapat bahawa Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaran asasnya di
Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Sheikh Muhammad Zain
bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Sheikh Muhammad Zain al-Asyi
adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.
Namun
yang dapat dipercayai bahawa Sheikh Daud al-Fathani dan kawan-kawannya telah
belajar di Mekah selama 30 tahun dan lima tahun di Madinah. Disebabkan masa
belajar yang lama itu beliau digelar al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani.
Setelah
demikian lama beliau menuntut ilmu pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani
untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul
krisis peperangan antara Patani dengan Siam pada ketika itu. Diriwayatkan
bahawa beliau melibatkan diri dalam peperangan itu, terjun secara langsung di
gelanggang jihad fi sabilillah.
Apabila
terjadi peperangan tersebut, akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama
beberapa pelarian politik. Sampai di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua
Sheikh Haji dan beliau adalah orang pertama dilantik secara langsung sebagai
ketua. Beliau juga melibatkan diri dengan penulisan yang merupakan hobi beliau,
di samping mengajar di Masjidil Haram. Karangannya dalam dua bahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Arab.
Karangan
beliau dalam bahasa Arab tidak banyak tersebar di Asia Tenggara. Adapun dengan
bahasa Melayu tersebar secara meluas, walaupun di zamannya masih merupakan
kitab tulisan tangan sahaja kerana belum ada yang bercetak.
Dalam
beberapa karyanya, beliau mengupas masalah-masalah keilmuan. Antara lain
tulisan beliau: Maka lazimkan olehmu hai saudaraku dengan menuntut ilmu yang
fardu ain yang wajib atasmu. Belajar akan dia pada syarak supaya engkau dapat
sahkan iktikad kamu dan ibadat kamu. Dan supaya sejahtera daripada seksanya.
Dan supaya engkau akan dapat pahala, keredaan dan kasihnya”.
Pada
mukadimah karyanya Bughyatuth Thullab, beliau menulis, ertinya “Dan adapun
kemudian daripada itu maka bahawasanya beberapa nafas yang cerdik-cerdik yang
menuntut bagi beberapa martabat yang tinggi-tinggi sentiasa perangainya itu di
dalam menghasilkan beberapa ilmu syarak.
Beliau
juga membuat penafsiran dalam beberapa hadis. Antaranya hadis berikut, “Sedikit
Fiqhi itu lebih baik daripada banyak ibadat” yang ertinya: “Barang siapa
belajar ilmu dan tiada berkehendak dengan dia akan wajah Allah s.w.t., tiada
kerana-Nya melainkan supaya mengena dengan dia akan kehendaknya daripada dunia
tiada akan bilik syurga yang ke atas pada hari kiamat”.
Beliau
mengulas tentang hadis-hadis tersebut dalam Bughyatuth Thullab seperti berikut:
“Maka dapat difahami hadis ini, tiada dipuji daripada kelebihan ilmu itu
melainkan jikalau ada qasadnya dan tuntutnya itu berkehendak dengan dia akan
wajah Allah s.w.t. dan berkehendak ia mengeluarkan dirinya daripada kelam kabut
jahilnya kepada Nur ilmu.
“Maka
jika ada qasadnya akan dunia seperti harta atau kebesaran atau gelaran atau
kemegahan atau masyhur atau melengkapi muka manusia kepadanya dan lainnya maka
iaitu dicela seperti barang yang tersebut pada hadis itu”.
Menurut
beliau lagi: “Maka tatkala adalah kelebihan ilmu demikian itu maka sebenarnya
bahawa tiap-tiap orang yang kasih bagi dirinya kebajikan maka hendaklah ia
ijtihad atas qadar kuasa pada menghasilkan dia, kadang-kadang mengaji,
kadang-kadang mengajar, kadang-kadang menunjukkan orang yang jahil satu bab
daripada masalah memberi manfaat pada agama istimewa pula jikalau lebih lagi”.
Daripada
kalimat-kalimat beliau itu dapatlah kita fahami bahawa seseorang Islam yang
bertanggungjawab adalah terlebih dahulu memberikan pendidikan agama Islam
kepada anak-anaknya. Ini adalah merupakan kewajipan agama Islam.
Adapun
pendapat Sheikh Daud al-Fathani bahkan ulama-ulama di zaman lampau lebih
terikat dan menitikberatkan pendidikan Islam berbanding pendidikan lainnya.
Menurut Islam, yang utama dipelajari ialah belajar akan memberi faham dua
kalimah syahadat, wajib taharah (bersuci), solat, puasa, hukum zakat, hukum
berjual-beli menurut Islam dan lain-lainnya, semuanya telah diatur dalam fikah
Islam.
Sheikh
Daud al-Fathani dalam Bughyatuth Thullab berkata: “Selagi seseorang masih tidak
mengerti akan seluk belok tentang keIslaman, maka seseorang itu tetap masih
jahil, walau pengetahuan lain masih dikuasai demikian rupa”.
Kewafatan
Sheikh
Daud al-Fathani wafat dan dimakamkan di Taif. Kuburnya bersampingan dengan
kubur Saidina Abdullah bin Abbas iaitu sepupu Rasulullah s.a.w.. Tahun
kewafatannya juga belum diketahui dengan pasti. Tetapi ada yang berpendapat
beliau wafat sekitar tahun 1847 M, juga ada yang menyebut tahun 1265 H.
Menurut
cerita ibu penulis Hajah Wan Zainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani, beliau
mendengar daripada ibunya, Hajah Wan Siti Saudah binti Abdullah bahawa jenazah
beliau telah dipindahkan oleh Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani ke Mekah, ditanam
di bawah pohon Bedara di rumahnya.
Hal
ini disebabkan pada zaman itu pihak Wahabi akan membongkar semua kubur yang
dikeramatkan termasuk kubur Sheikh Daud al-Fathani.
Bagi
penulis, walaupun beliau telah lama meninggal dunia namun jenazahnya tidak
hancur, darah masih berjalan kecuali nafas sahaja yang tiada.
Salasilah
keilmuan Syeikh Daud al-Fathani
SETELAH
selesai membicarakan salasilah Sheikh Daud al-Fathani mengenai asal-usul
keturunannya, pendidikannya dan kewafatannya, maka penulis bicarakan pula
tentang guru-guru dan murid-muridnya. Sheikh Daud al-Fathani belajar daripada
ramai guru-guru dalam pelbagai bidang. Beliau juga menurunkan ramai murid-murid
yang menjadi ulama dan tokoh terkenal di Alam Melayu.
Guru-gurunya
Dipercayai
bahawa Sheikh Daud al-Fathani mendapat pendidikan dasar keislaman dimulai dari
lingkungan keluarga sendiri. Ayah dan datuknya adalah ulama besar yang
bertanggungjawab dalam pendidikannya.Ada orang meriwayatkan bahawa Sheikh Daud
al-Fathani pernah belajar di Aceh sekitar dua tahun. Dalam manuskrip nombor 486
yang tersimpan di Pusat Islam Malaysia (Kuala Lumpur) ada menyebut bahawa
Sheikh Abdush Shamad al-Falimbani mengambil ijazah muqaranah daripada Sheikh
Muhammad Zain Aceh. Bererti tentunya Sheikh Daud al-Fathani juga belajar dengan
Sheikh Muhammad Zain. Sheikh Muhammad Zain adalah penyusun kitab Bidayat al-Hidayat,
Kasyf al-Kiram dan lain-lain. Nama pada kitab karya-karyanya ialah Sheikh
Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi.
Ketika
melanjutkan pelajarannya di Mekah, Sheikh Daud al-Fathani mendekati para ulama
Patani yang telah bermastautin di Mekah. Di antara ulama Patani yang telah
diiktiraf dan dibolehkan mengajar di Masjidil Haram ialah Sheikh Muhammad
Shaleh bin Abdur Rahman al-Fathani. Beliau adalah seorang tokoh ulama Ahli
Syari'at dan Haqiqat yang lebih banyak terjun ke dunia kesufian. Kepadanya Sheikh
Daud al-Fathani banyak memperoleh ilmu terutamanya ilmu kesufian.
Membai’ahDalam
salasilah berasal dari tulisan Sheikh Ismail bin Abdul Lathif Pontianak (lebih
dikenali dengan nama Haji Ismail Jabal) yang salasilah itu sekarang ada pada
salah seorang muridnya seorang ulama Pontianak bernama Haji Abdur Rani Mahmud,
bahawa Sheikh Daud al-Fathani belajar kepada Sheikh Ali bin Ishaq pada bidang
Tarekat Samaniyah. Akan tetapi pada bidang Thariqat Syathariyah pula adalah
sebaliknya, iaitu Sheikh Daud al-Fathani telah membai'ah Sheikh Ali bin Ishaq
al-Fathani. Jadi bererti Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani adalah murid Sheikh
Daud al-Fathani, bukan guru beliau.Daripada dua sumber yang bertentangan itu,
penulis berpendapat bahawa sebelum Sheikh Daud al-Fathani menjadi seorang ulama
besar, mungkin saja beliau belajar kepada Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani.
Riwayat yang lain pula dikatakan bahawa Sheikh Daud al-Fathani belajar langsung
kepada Sheikh Muhammad bin Abdul Karim Samman al-Madani penegak/pelopor Tarekat
Samaniyah.
Tentang
ia belajar kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Karim Samman itu telah penulis
bicarakan dalam buku penulis berjudul Sheikh Abdush Shamad al-Falimbani, juga
buku penulis berjudul Perkembangan Ilmu Fiqhi dan Tokoh-tokohnya di Asia
Tenggara. Berkemungkinan kerana Sheikh Daud al-Fathani yang termuda, lebih muda
pula dari sahabatnya Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani, maka beliau merasa perlu
mendapat didikan dan bimbingan dari yang lebih tua.
Namun
Sheikh Daud al-Fathani belajar terus secara rutin sehingga ia menjadi seorang
yang berkebolehan dalam banyak bidang, maka tidak mustahil sahabatnya yang jauh
lebih tua daripadanya kembali belajar kepadanya. Kejadian seperti tersebut ini
adalah lumrah dalam dunia pendidikan. Sheikh Daud al-Fathani memang memang
belajar kepada banyak guru. Berbagai aliran mazhab dan aliran iktikad dan
kepercayaan yang dipelajari.
Pegangan
tetapnya tidak berganjak menurut tradisi nenek moyangnya iaitu Mazhab Syafi’e
dalam Fiqh dan mengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah dalam iktikad. Beliau tetap
tidak berani mengambil jalan keluar supaya dalam Islam ini mesti melepaskan
diri dari Mazhab Syafie ataupun tidak mengikat diri dari fahaman Ahlus Sunnah
wal Jamaah walaupun pengetahuan beliau dalam segala bidang sangat mendalam.
Pengetahuannya
yang menyeluruh lengkap bukan hanya di bidang Islam sahaja, tetapi termasuk
pengetahuan umum dan pengetahuan duniawinya. Ilmu kedoktoran dikuasainya juga
ilmu kedoktoran walaupun beliau tidak menjadi seorang doktor. Beliau juga
mendalami ilmu hisab dan ilmu falak.
Sungguhpun
beliau bukan seorang ahli politik, tetapi beliau bukanlah seorang yang mudah
dipengaruhi oleh ideologi politik yang menang di zamannya. Beliau tetap
merupakan seorang ulama yang berideologi Islam sebagai dasar negara. Secara
asasnya, tentang teori dan praktik zikir dalam Tarekat Syathariyah Sheikh Daud
al-Fathani telah menerima bai’ah dari Sheikh Mursyidnya, yang diakui sebagai
ulama Sufi yang 'Arif Billah iaitu Sheikh Muhammad As’ad. Salasilah mengenai
Tarekat Syathariyah ini secara lengkapnya ada disebutkan di dalam naskhah
tulisan tangan beliau sendiri iaitu Kaifiyat Khatam Quran.
Mengenai
salasilah Tarekat Samaniyah mulai dari Sheikh Daud al-Fathani yang diikuti
Sheikh Ali bin Ishaq al-Fathani, Sheikh Muhammad Saleh bin Abdur Rahman
al-Fathani, Sheikh Abul Hasan dan Maulana Sheikh Hasib mungkin hidup segenerasi
dan dapat menemui Sheikh Muhammad Karim Saman secara langsung. Ada pun tentang
penerimaan bai’ah Tarekat boleh saja dibai’ah oleh murid yang lebih tinggi darjatnya
atau lebih tua umurnya dengan syarat ada pelantikan Sheikh Mursyid sebagai
khalifahnya. Salasilah lengkap Tarekat Samaniyah Sheikh Daud al-Fathani ini
tertulis dalam kitab Siyarus Salikin karangan Sheikh Abdush Shamad
al-Falimbani.Adapun mengenai sanad Ilmu Tauhid/Usuluddin hingga sampai kepada
al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari, keterangannya adalah sebagai yang berikut.
Bahawa
Sheikh Daud al-Fathani masih sempat menemui tahun-tahun kehidupan seorang ulama
besar Mazhab Syafi’e yang menjadi Mahaguru di Universiti al-Azhar di Kaherah,
Mesir, yang terkenal dengan sebutan Imam Syarqawi (1150 H- 1227 H). Ulama
mazhab Syafie itu banyak murid-muridnya. Seorang di antaranya bernama Sheikh
Muhammad bin Ali as-Syanwani yang sangat popular dengan Imam as-Syanwani saja.
Bahawa
beliau adalah sezaman dengan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Tarekat
SyazaliyahDari versi lain mengenai Ilmu Usuluddin ini, terkenal lagi dengan
nama seorang Imam besar yang disebut Imam Abu Manshur al-Maturidi. Bahkan
salasilah Sheikh Daud al-Fathani sampai kepada imam besar tersebut. Salasilah
lengkap mengenai sanad Ilmu Tauhid/Usuluddin daripada kedua-dua Imam besar yang
disebutkan di atas tidak disentuh, tetapi telah disebut dalam buku berjudul
Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara.Pertalian salasilah Tarekat Syazaliyah adalah sebagai berikut iaitu
Sheikh Wan Daud bin Abdullah al-Fathani belajar kepada Sheikh Muhammad Saleh
bin Ibrahim, ketua Mazhab Syafi’e di Mekah (wafat pada 1226 H) dalam berbagai
bidang ilmu pengetahuan termasuk Tarekat Syazaliyah.
Susunan
salasilah lengkapnya tidak penulis senaraikan, tetapi disebut juga dalam buku
berjudul Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani: Ulama dan Pengarang Terulung Asia
Tenggara.Sebilangan besar pula pernah penulis bicarakan mengenai riwayat hidup
mereka sama ada dalam artikel ini mahupun buku-buku tulisan penulis sendiri.
Dalam artikel yang akan datang, penulis akan memperkenalkan serba sedikit
mengenai murid-murid Sheikh Daud Al-Fathani.
Mengenali
Sheikh Daud b Abdullah Al-Pattani
Nama
sebenar beliau ialah Daud b Abdullah bin Idris Al-Jawi Al-Pattani Al-Melayuwi
atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Sheikh Daud Fatani. Dilahirkan di
Kampung Parit Marhum sekitar tahun 1183H/1769M.
Beliau
mendapat pendidikan awal di kampung kelahirannya, ketika remaja beliau mula
merantau mencari ilmu. Acheh merupakan antara tempat terawal beliau menuntut
ilmu. Setelah berada di sana selama 2 tahun, belaiu sempat berguru dengan
tokoh-tokoh ilmuan yang tersohor dengan keilmuan mereka. Setelah itu beliau
kembali semula ke kampung halamannya. Pada Usia 18 tahun belaiu berangkat ke
Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selama
berada di Tanah Suci Mekah, sekitar 30 tahun beliau menuntut pelbagai ilmu di
sana. Selepas itu beliau bepindah ke Madinah selama 5 tahun untuk mendalami
pelbagai ilmu terutamanya ilmu agama. Setelah tamat pengaiannya beliau tidak
terus kembali ke tanah airnya, tetapi membuat keputusan untuk menetap di Tanah
Suci Mekah untuk menyebarkan ilmu agamanya kepada umat Islam. Masjidil Haram
merupakan tempat beliau menyampaikan kuliah dan pengajarannya. Berkat usaha
yang dijalankan oleh Tok Sheikh Daud, maka lahirlah murid-muridnya yang
ternama, mahir dan arif dalam soal berkaitan keagamaan.
Taif
merupakan tempat terakhir belaiu mencurahkan ilmunya, di sana beliau membeli
sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah. Selain mengajar beliau juga sempat
menghasilkan beberapa karya ilmiah yang diguna pakai sehingga hari ini. Setelah
menghabiskan sisa usianya kerana berkhidmat kerana Allah, akhirnya beliau
menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Taif, pada hari Khamis
tanggal 22 Rejab 1263H ketika usianya menghampiri 80 tahun. Jenazahnya
disemadikan berhampiran makam sahabat dan sepupu nabi s.a.w iaitu Saidina
Abdullah b. Abbas r.a.
Antara
Karya Beliau ialah:
1
.Kifayat al- Muhtaj (27/01/1224 H) 2. Idhah al-Bab (09/03/1224
H) 3.
Ghayat al-Taqrib (05/02/1226 H) 4.
Nahj al-Raghibin (122? H) 5.
Bulugh al-Maram (?/03/1227 H) 6.
Ghayat al_Maram (05/11/1229 H) 7.
al-Durr al-Syamin (17/10/1232 H) 8.
Manuskrib Tasawuf (15/09/1233 H) 9.
Kashf al-Ghummah (20/03/1238 H) 10.
Jam' al-Fawaid (27/05/1239 H)11. Kanz al-Minan (23/04/1240 H) 12. Minhaj al-Abidin
(15/06/1240 H) 13.
Munyat al-Musalli (15//12/1242 H) 14.
Hidayat al-Muta'allim (12/06/1244 H) 15. Aqidah al-Jawahir
(24/02/1245 H) 16.
Ward al-Zawahir (09/07/1245 H) 17.
Fath al-Mannan (16/09/1249 H)18. Muzakarat al-Ikhwan (25/09/1249 H) 19. al-Jawahir al-Saniyyah
(16/05/1252 H) 20.
Sulam Mubtadi (13/07/1252 H) 21.
Furu' al-Masail (1254-1257 H) 22.
al-Bahjat al-Saniyyah (16/02/1258 H) 23. al-Bahjat al-Wardyyah
(01/09/1258 H) 24.
al-Bahjat al-Mardhiyyah (14/10/1259 H) dan banyak lagi kitab-kitab yang tidak
dapat dipastikan tarikh karangannya
Karamah
SYEIKH DAUD FATANI
Syeikh
Wan Daud al-Fathani Bahjatuddin al-Arif ar-Rabbani
Saya
cuba membuat analisis perbandingan secara keseluruhan kegemaran pembaca dari
pelbagai golongan tentang isu-isu yang pernah disentuh dalam siri ulama seperti
pendidikan, politik, ekonomi, sejarah, manuskrip, bahasa, sastera, asal usul
keturunan jihad dan lain-lain serta yang terakhir sekali isu karamah. Ternyata
pengikut isu karamah adalah yang paling ramai menghubungi saya.
Mereka
bukan menolaknya, tetapi rasa ingin tahu tentang ulama dunia Melayu yang
mempunyai karamah.
Agak
berat saya menulis perkara tersebut, bukan kerana kekurangan bahan, tetapi pada
pandangan saya, para ulama yang masih belum begitu diketahui oleh orang ramai
perlu dapat dibuktikan dengan hasil-hasil peninggalannya, seperti kitab
karangan, institusi pendidikan, dan lain-lain seumpamanya.
Ada
pun kisah mengenai Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani telah saya terbitkan
dalam bentuk buku (Malaysia dan Indonesia) dan dalam kertas-kertas kerja yang
dibentang dalam beberapa seminar.
Oleh
itu sudah sampai gilirannya, kerana memenuhi permintaan pihak-pihak tertentu,
minta supaya karamah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga ditempatkan dalam
ruangan bicara ulama Nusantara ini.
Pada
judul digunakan istilah-istilah, iaitu Bahjatuddin dan Al-Arif Ar-Rabbani.
Perkataan Arab Bahjatuddin jika diterjemah ke dalam bahasa Melayu bererti
Keelokan Agama, iaitu salah satu nama gelar yang diberikan orang kepada Syeikh
Daud Abdullah al-Fathani yang pernah terdapat dalam sebuah kitab karangan
beliau. Perkataan Al-Arif Ar-Rabbani juga diberikan oleh beberapa ulama kepada
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani sejak zaman beliau dan gelaran itu kekal
digunakan pada beberapa kitab karangan beliau hingga sekarang ini.
Menurut
tradisi keilmuan Islam, khususnya ilmu tasawuf, hanya ulama-ulama yang sampai
kepada peringkat Haal dan Maqam para Wali Allah saja yang layak diberikan gelar
Al-Arif Ar-Rabbani atau Al-Arif Billah. Tidak ramai ulama dunia Melayu
memperoleh gelaran demikian.
Di
antara yang tidak ramai itu termasuk juga Al-Alim Al-Allamah Al-Arif Ar-Rabbani
Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Dari julukan nama yang demikian agung, ramai
orang tidak ragu-ragu tentang cerita-cerita karamah yang pernah berlaku
terhadap ulama besar, Wali Allah, yang
banyak menghasilkan kitab karangan, yang berasal dari Patani itu.
Rumah
Kerisik
Ketika
saya berumur antara empat dan lima tahun, belum bersekolah, cerita tentang
karamah seorang Wali Allah yang pertama sekali saya dengar ialah Karamah Syeikh
Daud al-Fathani. Sewaktu ibu saya, Hajah Wan Zainab Syeikh
Ahmad al-Fathani, mengajar golongan hawa, beliau menggunakan salah sebuah kitab
Syeikh Daud Abdullah al-Fathani. Beliau meriwayatkan, “Pada satu ketika sewaktu
Syeikh Daud al-Fathani mengajar di rumahnya di Kerisik, Patani tiba-tiba beliau
berhenti mengajar.”
Lalu
digerak-gerakannya tangannya.
Lengan
bajunya basah. Ada muridnya bertanya, kenapa Tok Syeikh itu berkelakuan
demikian. Tok Syeikh Daud menjawab, “Aku menolong orang karam!” Sejurus
kemudian orang karam itu datang menemui Tok Syeikh Daud kerana membayar nazar.
Setelah orang-orang yang mengikuti pengajian kepada ibu saya tersebut pulang,
saya bertanya kepada ibu saya, bagaimanakah caranya orang yang diam di atas
darat boleh menolong orang karam di laut? Ibu saya menjawab, “Belajar
rajin-rajin. Mengaji Quran banyak-banyak. Berdoa banyak-banyak. Nanti di
kemudian hari kamu ketahui.”
Saya
tidak perlu memaksa diri sendiri atau orang lain percaya atau pun menolak
riwayat di atas, tetapi setelah saya membanding pelbagai perubahan zaman
dapatlah saya fahami maksud perkataan ibu saya itu. Bererti beliau faham ilmu
psikologi pendidikan kanak-kanak pada zaman itu (tahun 1950). Kenapa kita
menolak cerita karamah para Wali Allah ? Sedangkan zaman kita sekarang cerita
yang bercorak robot yang direka oleh manusia moden, seperti ultraman, doraemon,
power rangers, termasuk juga pendidikan seks yang diketahui oleh kanak-kanak
yang masih di bawah umur apakah kita tidak terfikirkan dampak negatifnya
terhadap remaja Islam dan bangsa Melayu untuk masa-masa yang akan datang ?
Oleh
itu kisah mukjizat para Nabi dan karamah para Wali Allah adalah patut
diperkenalkan. Di dalamnya banyak peroleh petunjuk dan keberkatan bukannya
membawa kejumudan seperti pendapat pihak-pihak tertentu yang selalu sinis dari
sesuatu yang bersumberkan daripada tradisi Islam.
Kisah
di atas juga saya dengar di Kerisik, Patani, tahun 1970 di rumah tempat
kejadian (rumah yang dibina oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani). Rumah
tersebut runtuh (terpetak di atas tanah) pada 1989, kebetulan ketika kejadian
itu saya berada di Patani. Saya menyaksikan sendiri, bahawa ada bahagian
penting tempat sebuah peti manuskrip atau naskhah-naskhah tulisan tangan tidak
mengalami kerosakan. Berhari-hari khazanah ilmu itu tidak dipedulikan orang,
terbiar begitu saja sehinggalah saya datang ke tempat itu.
Saya
memang mempunyai hak atas pemilikan naskhah-naskhah itu, oleh itu telah saya
selamatkan dengan apa yang ada dalam koleksi saya. Dari peristiwa tersebut dan
perbandingan lainnya, saya dapat mengambil iktibar bahawa keghairahan
kebanyakan orang selalu berusaha memperoleh harta pusaka yang bercorak
kebendaan, tetapi sangat jarang atau sedikit sekali orang yang mengutamakan
khazanah ilmu yang dipusakai oleh datuk neneknya.
Setelah
saya kaji peri kehidupan Syeikh Daud Abdullah al-Fathani, bahawa beliau lebih
mengutamakan pusaka khazanah ilmu dari kebendaan lainnya, barangkali kerana
itulah sebahagian ilmu-ilmu yang berasal dari beliau masih selamat sampai
sekarang. Hasil-hasil karangan beliau masih banyak diajarkan orang di pelbagai
tempat di dunia Melayu. Namanya tetap harum semerbak di sepanjang zaman.
Keberangkatan
ke Mekah
Peristiwa
karamah Syeikh Daud Abdullah al-Fathani sewaktu beliau akan ke Mekah yang
pertama kali diriwayatkan sebagai berikut, “Tok Syeikh Daud adalah seorang suka
berusaha sendiri, beliau tidak suka membebankan urusannya kepada orang lain
termasuk terhadap kedua orang tuanya. Pada satu ketika, beliau ingin menunaikan
haji ke Mekah sekali gus untuk belajar ke sana.”
Sejak
kecil yang diusahakannya hanyalah menuntut ilmu, tidak pernah menghiraukan
sesuatu pekerjaan lainnya. Walau pun beliau tahu bahawa kedua orang tuanya
mampu mengirimnya ke Mekah, namun beliau tidak pernah menceritakan hasratnya
itu. Sebagai seorang yang terpelajar dalam pelbagai ilmu, salah satu kaedah
dalam ilmu tasawuf mempedoman bahawa hakikat pentadbiran, sama ada diri
peribadi atau dari sekecil-kecil alam semesta hingga yang sebesar-besarnya
adalah mutlak milik Allah s.w.t..
Tasawuf
juga mengajar bahawa doa adalah senjata yang paling ampuh untuk mengatasi
segala persoalan. Oleh itu Tok Syeikh Daud lebih mengutamakan berdoa daripada
terlalu bersibuk-sibuk mencari wang. Kerana Tok Syeikh Daud berdoa dengan
keseluruhan dirinya, diri yang zahir dan diri yang batin, tiada bahagian tubuh
zahir dan batin, yang tidak ikut serta dalam munajat kepada Allah, maka doanya
sentiasa dikabulkan Allah. Kabul itu pula ada kelainan daripada biasa.
Bahawa
pada suatu hari Tok Syeikh Daud melihat seekor lembu menanduk busut. Tok Syeikh
Daud berfikir mengapakah lembu itu berbuat demikian? Beliau munajat, mohon
petunjuk kemungkinan ada rahsia yang tersembunyi pada kelakuan binatang itu.
Pada
malam hari, Tok Syeikh Daud bermimpi bahawa di dalam busut itu tersimpan emas
supaya beliau mengambilnya untuk belanja berangkat ke Mekah dan keperluan
selama beliau belajar di sana. Emas itu pula supaya disedekahkan kepada semua
orang miskin yang berada di Kerisik. Cara bersedekah pula hendaklah dengan
rahsia, iaitu emas itu diletakkan di bendul pintu setiap rumah. Semua petunjuk
dalam mimpi itu telah beliau kerjakan.
Sungguh
ajaib, semua rumah yang diletakkan emas itu, pemiliknya bermimpi pula bahawa
mereka menerima sedekah dari Tok Syeikh Daud.
Diriwayatkan,
bahawa beliau seorang yang qana'ah (cukup seadanya saja), oleh itu amanah itu
dilaksanakan dengan sejujur-jujurnya. Dengan demikian hidup beliau penuh berkat
dan rahmat hinggalah ke akhir hayatnya.
Orang-orang
yang menerima sedekah daripada Tok Syeikh Daud juga demikian adanya. (Sumber
cerita diperoleh di Kerisik daripada beberapa orang tua-tua kewarisan Syeikh
Daud Abdullah al-Fathani, tahun 1970).
Jin
di alam manusia
Selalu
kita mendengar ada orang mencari ilmu untuk menguasai jin atau pun makhluk
halus. Mereka bermaksud dengan jenis ilmu yang demikian dapat mengatasi
keperluan atau menyampaikan sesuatu hajat. Ini berbeza dengan para Wali Allah.
Mereka tidak memerlukan ilmu seperti itu kerana mereka selalu berpegang kepada
akidah yang betul. Sungguh pun begitu, ada beberapa orang ulama dunia Melayu
termasuk Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani yang pernah menjadi guru kepada jin
yang beragama Islam.
Diriwayatkan:
“Ada satu jin yang menyamar bersama-sama dengan jenis manusia belajar kepada
Tok Syeikh Daud di Masjid al-Haram, Mekah. Jin itu menyangka bahawa Tok Syeikh
Daud tidak tahu bahawa dia adalah bangsa jin. Sebenarnya Tok Syeikh Daud
bukannya tidak tahu perkara itu, bagi seorang Wali Allah sesuatu rahsia yang
belum diketahui oleh orang ramai beliau tidak akan menceritakannya selagi
perkara itu tidak merosakkan pihak lainnya.
Pada
satu malam, jin itu menjemput Tok Syeikh Daud dan gurunya yang berbangsa jin
datang ke rumahnya kerana mengadakan kenduri. Semua yang hadir adalah bangsa
jin dan mereka merendahkan diri kepada Tok Syeikh Daud.
Alam
itu sebenarnya adalah alam jin, tetapi mereka cuba hadir kepada alam manusia.
Maksud mereka bukan untuk menipu Tok Syeikh Daud tetapi mereka ingin mengambil
berkat atas ketinggian martabat Wali Allah bangsa manusia itu.
Mereka
menyangka bahawa Tok Syeikh Daud tidak mengetahui perkara itu, sebenarnya
sebelum datang ke tempat itu beliau telah maklum bahawa jemaah yang hadir di
tempat itu bukan bangsa manusia tetapi adalah jemaah jin.
Setelah
selesai upacara, jin tuan rumah bersedekah kepada Tok Syeikh Daud satu
bungkusan yang di dalamnya terdapat ketulan-ketulan emas dan pelbagai jenis
permata yang mahal-mahal harga. Tok Syeikh Daud menolak sedekah itu dengan
secara halus, dibahagi-bahagikan kepada semua bangsa jin yang hadir di tempat
itu sehingga tidak ada sesuatu pun yang tinggal pada beliau.
Cerita
di atas dapat menjadi pengajaran, bahawa pada zaman moden sekarang masih ada
orang yang ingin mendapatkan harta kekayaan melalui jin. Tetapi berbeza dengan
ulama seperti Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, beliau tidak memerlukan
barangan yang bukan dari alam kita sendiri.
Tidaklah
berlebihan, saya kemukakan sedikit pengalaman bahawa saya pernah menyaksikan
ada orang dapat mengambil jongkong emas, keris, dan permata dari alam ghaib.
Tetapi ternyata emas di alam jin tidak menjadi emas di alam kita. Emas di alam
jin hanyalah tembaga apabila masuk ke alam kita.Koleksi Tulisan Allahyarham:
WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH~Al-
اللهم إني أسألك فهم النبيين، و حفظ المرسلين، و الملائكة
المقربين،اللهم اجعل ألسنتنا عامرة بذكرك، و قلوبنا بخشيتك،و أسرارنا بطاعتك، إنك
على كل شيء قدير،حسبنا الله و نعم الوكيل
والله اعلم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment